22 August 2010

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan



Selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke 53 bagi Malaya dan hari Kemerdekaan yang ke 47 bagi Negeri Sabah. Ke arah MALAYSIA menuju umur 47 tahun sebagai sebuah NEGARA.... (pssst... Malaysia berumur 47 tahun.... bukan 53 tahun... ini jangan kita sama-sekali lupa) bolehkah kita renungkan kembali sejauh manakah kita ini "SATU". Si Najib balik-balik teriak... "One Malaysia... Satu Malaysia"..... tapi sia rasa macam nda da erti semua teriakan si Najib kalau orang-orang dia menunjukkan tabiat yang bertentangan. Tingu saja cakap si Ahmad Ismail... itu 2 Guru Besar dari Johor sama Kedah..... dan sia rasa dorang mewakili majoriti rakyat negara ini yang masih menganggap orang lain sebagai PENDATANG dan dorang lah TUAN. Orang Putih bilang "TIP OF THE ICEBERG". Selaga ramai yang menganggap doranglah yang PAAAAAAAAAAAAAALING BERHAK sekali di negara ini, maka laungan SATU MALAYSIA hanyalah satu RETORIK yang sedih bin lucu. Bikin sedih ada.... bikin nangis ada.... mau ketawa.... tapi sedih. Abis nda da kejujuran sia rasa sama slogan SATU MALAYSIA si Najib. Apa inda.... satu ketika dia cakap kita SATU... tiba-tiba teriak: KAMU PENDATANG!

47 tahun sudah Sabah membentuk Malaysia bersama Malaya dan Sarawak (inda lupa juga Singapura... yang kana tandang keluar kunun...), kenapa jauh betul perbezaan terutama dari segi pembangunan infrastruktur.... kadar kemiskinan, harga barang, pembahagian kekayaan negara, pembahagian peruntukan dan macam-macam lagi. Apa macam kita mau rasa SATU kalau kita AMAT BERBEZA? Satu contoh, polisi kabotaj yang suuuuuuuungguh nda adil untuk Sabah. Pasal itulah semua harga barang pun mahal-mahal disini. Harga Semenanjung murah.... harga Sabah... mahal. Pasal kos pengangkutan mahal yang antara lain disebabkan oleh polisi kabotaj telah menyebabkan harga barang di Sabah macam harga amas. Apa macam mau tarik pelabur asing kalau gini? Kasi buang itu polisi kabotaj.... dan daripada kasi tambang satu penumpang pi SPACE belanja bejuta-juta.... berbilion-bilion.... kanapa nda buli kasi subsidi kos pengangkutan barangan supaya harga Semenajung dan Sabah sama-rata.... Apa macam mau rasa SATU sama dorang.

Itu PTI lagi.... nda pandai-pandai salasai. Kalau betul-betul SATU.... kita tanggung sama-sama lah itu PTI.... kasi bagi-bagi sama negeri lain juga. Hantar pi Semenanjung.... antar pi Sarawak. Tak kan hasil kita saja yang kana bagi-bagi sama negeri lain.... tak kan minyak dan gas saja kana antar pi Bintulu....kasi bagi-bagi juga itu PTI bah. Barulah kita rasa SATU. Tapi susah bah kan.... kalau itu PTI juga yang kasi kuasa sama... ehem...ehem.... tau sama tau saja lah.

Kalau gini... sia rasa UNTUK JADI SATU....KITA PERLU TUKAR!

15 March 2010

Selamat Datang ke 1Malaysia - Negara Tanpa Sempadan

Kalau kamu melangkah merentasi sempadan Korea Utara secara tidak sah...
Kamu akan dikenakan hukuman 12 tahun kerja berat tanpa gaji


Kalau kamu melangkah merentasi sempadan Iran secara tidak sah...
Anda akan ditahan buat suatu tempoh yang tidak diketahui

Kalau kamu memasuki sempadan Afghanistan secara haram...
Anda akan ditembak

Jika kamu melangkah merentasi sempada Arab Saudi secara tidak sah...
Anda akan dipenjarakan

Sekiranya anda memasuki sempadan China secara tidak sah...
Tiada siapa yang akan mengetahui dimana anda sudah berada

Sekiranya kamu melangkah merentasi sempadan Venezuela...
Anda akan dilabel sebagai pengintip dan nasib kamu sudah ditentukan

Kalau anda memasuki sempadan negara Cuba secara haram...
Anda akan dimasukkan ke dalam penjara untuk mati

Sekiranya kamu memasuki negara Britain secara tidak sah...
Anda akan ditangkap, dihukum, dipenjara dan kemudiannya dihantar balik ke negara asal

Sekiranya anda warganegara Indonesia atau Filipina dan memasuki sempadan Malaysia (terutamanya negeri Sabah) secara tidak sah...

Anda akan memperolehi:

MyKad
Lesen Memandu
Hak Mengundi
Peluang pekerjaan
Keistimewaan khas dan dianggap Bumiputera
Kad Kredit
Sewa rumah bersubsidi di bawah PPRT
Pendidikan percuma
Perubatan percuma
Petrol bersubsidi

HEBATNYA 1MALAYSIA.... patutlah berduyun-duyun mau datang!