31 March 2009

Harris wants fed govt to emulate Thais

KOTA KINABALU: Former Sabah Chief Minister Datuk Harris Salleh yesterday asked the federal government to review the two stimulus packages totalling RM67 billion and consider giving RM300 cash to every adult for a nine-month period.

He said the move was necessary to boost economic activities in the country, particularly in rural areas.

“People will spend and will keep buying domestic products. This in turn will keep domestic consumers and factories going.

“Thailand’s stimulus package is paying 2,000 baht (RM205) to everyone and this is a good move that we should emulate and even America with their sophisticated society, everything is established and entrenched livelihood, its stimulus packages are very effective.

“Its US$145 billion goes directly into the pockets of low-and middle-income group, especially workers,” he told Bernama in an interview.

Harris opined Malaysia’s stimulus packages would not benefit the low-and middle-income people as a large chunk of the RM67 billion would be spent for infrastructure development and helping exported-oriented manufacturing industries.

He said the objective of any stimulus package should be for the benefit of low-and middle-income earners “who are in need and will spend which in turn will revive the overall economy.”

“The only and best way to boost rural economic activities is for the government to abolish subsidies for rice, sugar, cooking oil and petroleum products and at the same time also scrap school and medical fees.

“And in return the government introduces RM300 cash payment,” he said.

Harris said the RM300 cash subsidy currently given to fishermen by the government was not fair and just.

“It’s discrimination …what about the people in Tambunan, Nabawan, Pitas and Kota Marudu who are poorer?” he asked.

Harris said: “The argument of this policy is that when prices of subsidised goods are adjusted back to current market prices, then the people will start feeling the pinch of high prices and high cost of living and start working harder to produce their daily basic agriculture products from their own areas.

“The rural people can then start working on their vacant or abandoned land as they have been assured a steady income for the next nine months without having to worry about their daily needs.

“They will start planting their own rice and vegetables and make cooking oil from coconuts lying around their houses.

Otherwise the rural people will only survive on the famous Malay saying — Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,” he said.

Harris, a successful corporate figure in the agriculture sector, said the RM300 payment a month for nine months would cost the federal government about RM2 billion a month or RM18 billion for the whole period.

“This is much cheaper than the subsidy paid by the government. Giving RM300 a month will in effect distribute the country’s wealth equally nationwide,” he said.

He said it would also change the socio-economic status and working attitude of the rural folk to be self-sufficient, at least for their daily needs.

“This is an opportunity for Malaysia to use the stimulus packages to help the low-and middle-income people to boost their economic activities.

“Making the rural areas once and for all permanently self-sufficient and sustainable to support at least 60 per cent of their daily essentials.

“Even Iran is reportedly 95 per cent self-sufficent now in agricultural output,” he added.

*****************************

Ini lah antara satu-satunya cadangan Datuk Harris akhir-akhir ini yang bernas dan logik... dan patut diberi pertimbangan serius oleh Kerajaan. Semua projek-projek mega yang dibuat tidak akan dapat memberikan impak langsung kepada rakyat dan juga ekonomi dalam jangkamasa yang singkat.

Jelas.... rakyat miskin di pedalaman Sabah dan Sarawak telah dilupakan lagi. Para nelayan diberi RM300.... rakyat pedalaman apa macam??? Nda kana paduli lagi kan...

30 March 2009

ANGIN SUDAH TUKAR HALUAN???

Pada 29 Mac 2009.... apabila 2 bukit dan 1 batang sedang menghadapi hari penamaan calon, SAPP telah mengadakan sesi Pemimpin Bersama Rakyat di Kg. Sunsulat, Sook. Apa yang menarik disini ialah kehadiran para penduduk Kg. Sunsulat dan sekeliling yang amat menggalakan. Kalau BN yang anjurkan aktiviti seperti ini, belum tantu lagi ramai yang datang kalau tiada "ganjaran" yang diberikan kepada orang kampung. Tapi disini, SAPP sebuah parti pembangkang... yang tiada bawa apa-apa "gula-gula" mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Tingu lah sendiri....



Y.Bhg. Datuk Yong sedang memberikan ucapan

Menurut Datuk Yong....."Sabah kaya dengan pelbagai hasil bumi seperti minyak dan gas asli tetapi malangnya 95 peratus royalti minyak dikaut Semenanjung melalui Petronas yang dibentuk lebih 25 tahun lalu oleh pemimpin BN Kuala Lumpur untuk menguasai perolehan minyak negara ini.

"Lebih menyakitkan hati apabila pemimpin KL berkata Sabah hanya akan dapat gas asli yang dikeluarkan dari terminal di Kimanis jika ada lebihan selepas disalurkan ke Bintulu Sarawak untuk diproses dan dieksport terus ke Jepun," katanya.

Beliau berkata, loji pemprosesan gas asli di Bintulu itu mampu mengeluarkan sebanyak 25 juta metric tan setahun dan merupakan loji yang terbesar di dunia. Katanya, tidak masuk akal Sabah tidak boleh dapat walaupun sedikit gas asli itu dari loji di Bintulu.

"Jelas Petronas mengaut keuntungan besar kerana semua gas asli itu dieksport. Sabah tidak dapat sebarang hasil walaupun gas asli itu berasal dari negeri ini," katanya.

"Majoriti kawasan luar bandar di Sabah tidak mempunyai bekalan letrik dan air bersih serta jalanraya berturap malah banyak sekolah di kawasan pedalaman berada dalam keadaan daif tetapi keadaan menyedihkan ini tidak berlaku di Semenanjung kerana hampir keseluruhan kawasan di sana menikmati kemudahan itu.

"Mereka menikmati semua keselesaan itu hasil daripada perolehan minyak dan gas asli Sabah. Perkara tidak menyenangkan ini berlaku kerana Sabah tertipu oleh para pemimpin KL," katanya.

Beliau berkata, kos menghasilkan tenaga letrik di Sabah akan menjadi murah jika gas asli digunakan sebagai bahan bakar disemua stesyen janakuasa diseluruh negeri dan bukannya diesel yang mahal seperti digunakan sekarang.

"Malangnya, gas asli tidak mungkin akan digunakan sebagai bahan bakar itu kerana para pemimpin KL telah menegaskan bahawa Sabah hanya akan mendapat gas asli dari negeri ini jika ada lebihan selepas dieksport," katanya.

Yong berkata, semua kekurangan itu pasti dapat dibaiki jika royalti minyak dinaikkan dan sebahagian gas asli dari Sabah digunakan di negeri ini bagi tujuan mengurangkan kos menghasilkan letrik dan seterusnya pembangunan yang amat diperlukan.





Lihatlah keadaan kem yang penuh sesak.... sampai tiada tempat duduk. Walaupun hari sangat panas, penduduk kampung yang hadir tidak berganjak untuk mendengar ucapan Y.Bhg Datuk Yong Teck Lee.

Bendera SAPP yang dinaikan oleh orang kampung berkibar megah di Kg. Sunsulat, Sook.

Kg. Sunsulat ini, bukan jauh sangat dari Jalan Keningau-Nabawan (lebih kurang 200 meter sahaja dari jalan besar).... tapi percaya atau tidak, kampung ini tiada bekalan elektrik. Mana sudah si Kurup yang jadi MP tanpa diundi itu? Orang kampung disini sudah muak dengan timbangan yang berat sebelah dan melihat kepada keadaan skarang ini.... angin sudah tukar haluan.

18 March 2009

Paitan kids assured of attending school (taken from Daily Express, 18/3/09)

KOTA KINABALU: Forty pupils from Kampung Sulit and Kampung Binajar Baru, deep in Paitan who only attended 14 days of schooling in a year, can now go to school regularly. The pupils, who all come from poor families, had to miss most of their schooling days because they could not afford the ferry fare which is RM15 per round trip to school which is located 80km from the two villages.

But thanks to Living Hope Malaysia, they are now able to attend classes without interruption. The organization's founder-cum-chairman, Dr. Peggy C. Wong, said they managed to raise RM12,000 from a charity event during high tea in Kuala Lumpur.

The bulk of the money would go towards the operation of the boat, basically for fuel. Previously, the children had to WALK for four and a half hours everyday going to and from the primary school, but if they pay the RM15 fpr a boat ride, the journey is cut to 45 minutes.

"But coming from poor families, they cannot afford the fee even though they are keen to go to school" Dr. Wong said.

******************************************************************

Lihatlah... macam mana susah kehidupan anak-anak tempatan di kedua-dua kampung tersebut yang terletak di Daerah Paitan, Sabah. Mereka terpaksa berjalan kaki selama empat setengah jam untuk pergi dan balik ke sekolah mereka yang terletak lebih kurang 80km dari kampung mereka! Kita mau masuk 46 tahun sudah nie merdeka melalui Malaysia, tidak patut masih ada keadaan sedih macam ini.

Di mana tanggungjawab Kerajaan BN dalam hal ini?? Ini pula Living Hope Malaysia pula yang bertungkus lumus memberi bantuan kepada murid-murid dari kampung tersebut. Bila ditanya tentang rungutan PKR Sabah dan SAPP terhadap kadar peratus yang diterima oleh Sabah dan Sarawak daripada stimulus ekonomi RM60 billion yang dibentangkan oleh TPM, apa pula si Musa cakap??? Dia bilang.... "KITA AKAN MINTA JIKA ADA KEPERLUAN". Apalah punya bongo punya KM macam ini?? Apa! Dia fikir Sabah nda ada "keperluan"? Ini lah akibat KM Sabah dilantik "dari seberang".... nda da kerja lain asyik mengaaaampu saja sama bos dia. Woiii Musa tingu lah bah keadaan murid-murid sekolah di Paitan.... "Nda ada keperluan" kau bilang? Chehhh! Ini baru satu saja contoh macamana Sabah betul-betul ADA KEPERLUAN untuk meminta lebih daripada stimilus ekonomi yang diumumkan baru-baru ini. Ini tai mata saja yang kana bagi... si Musa pun puas hati.... belum ada keperluan dia bilang. Dia buta bin tuli mangkali nie!

17 March 2009

YB Datuk Japlin Akim pula digantung...

Bukan gantung apa.... kana gantung keahlian dia bah. Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah dari Kota Belud ini digantung selama 3 tahun (bermula 12 Mac 2009) kerana didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO yang diketuai oleh Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail. Ikut cerita diorang, si YB Japlin didapati bersalah dibawah Perkara 5.1.1, 5.1.2 dan 5.5.2 Tataetika Ahli UMNO. Apa bah ini perkara-perkara ini? Mari kita tingu....

Perkara 5.1.1 & 5.1.2 :
Hal-hal yang ada kaitan sama RASUAH atau SOGOKAN POLITIK.

Perkara 5.5 :
Hal-hal yang ada kaitan sama ejen dia.... Pelobi...Pengurus Kempen/Undi.


















Ini serius ini bos.... kalau melibatkan dia punya ejen-ejen atau kuncu-kuncu dia.... ringanlah sikit. Bulilahbah kita kasi ampun kan...kan. Tapi Perkara 5.1.1 dan 5.1.2 direct cakap pasal rasuah atau sogokan politik. Misti Jawatankuasa Disiplin ada bukti kukuh mau kasi jatuh hukuman sampai 3 tahun sama si YB Japlin ini. Tengku Ahmad Rithauddeen ini bukan calang-calang juga orang dia... orang lama katakan... saya rasa kalau nda kadapatan tarang-tarang atau tiada bukti kukuh... paling-paling YB Japlin kana kasi warning karas saja macam si KJ. Tapi.... ini dihukum sampai 3 tahun... laaaaama tu bos kalau dalam dunia politik nie. Buli jadi abuk tuuuu... kalau nda pun... jadi ambuk.

Dari hal-hal ini semua... satu perkara yang INTERESTING untuk kita tunggu ialah... apa kah tindakan MACC nanti? Jangan pula ada dua set undang-undang yang dipakai... jangan pula cakap ini hal dalaman Parti.... dalaman... dalaman juga bos.... , tapi sogokan masi sogokan, rasuah tatap rasuah . Jadi kita tunggu dan lihat.

16 March 2009

GOBIND SINGH DIGANTUNG....

12 bulan... bersamaan dengan lebih kurang RM157,303.68 dalam bentuk gaji dan elaun Ahli Parliamen! Itulah hukuman yang dikenakan kepada Y.B. Gobind Singh kerana melemparkan "tuduhan" kepada bakal Perdana Menteri Malaysia DALAM satu sesi debat di Parliamen. 

Satu perkara yang menyedihkan disini ialah Y.B. Gobind Singh tidakpun diberikan peluang untuk membela dirinya. Speaker menyatakan bahawa apa yang telah diungkapkan oleh Y.B. Gobind adalah amat serius. Sekiranya inilah halnya, jadi kenapa beliau tidak diberikan peluang untuk membela dirinya? Sekiranya hal ini amat serius... kenapa pula beliau "ditutup mulut" dan tidak diberikan peluang langsung untuk mengemukakan bukti-bukti (sekiranya ada) ke atas pertuduhan yang dibuat terhadap bakal PM. 

Saya setuju... pertuduhan yang dibuat oleh Y.B. Gobind amat serius kerana melibatkan bakal PM kita. Jadi kenapa pula hal ini disapu "dibawah carpet" dan membiarkan rakyat jelata tertanya-tanya akan kebenaran pertuduhan yang dibuat? Jadi... kita masih lagi dalam "awan kelabu di Kundasang"... sebab masih blank.... banyak perkara yang masih hanging disini...nda tau apa yang sedang jadi sama negara kita. Saya harap Kerajaan dapat memadam kesangsian yang ada dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. 

Sebenarnya... bukan Y.B. Gobind sahaja yang dikenakan hukuman ini. Rakyat Puchong juga telah di hukum oleh Kerajaan kerana "menggantung" suara mereka dalam Parliamen selama satu tahun. Sungguh mengecewakan!