16 March 2009

GOBIND SINGH DIGANTUNG....

12 bulan... bersamaan dengan lebih kurang RM157,303.68 dalam bentuk gaji dan elaun Ahli Parliamen! Itulah hukuman yang dikenakan kepada Y.B. Gobind Singh kerana melemparkan "tuduhan" kepada bakal Perdana Menteri Malaysia DALAM satu sesi debat di Parliamen. 

Satu perkara yang menyedihkan disini ialah Y.B. Gobind Singh tidakpun diberikan peluang untuk membela dirinya. Speaker menyatakan bahawa apa yang telah diungkapkan oleh Y.B. Gobind adalah amat serius. Sekiranya inilah halnya, jadi kenapa beliau tidak diberikan peluang untuk membela dirinya? Sekiranya hal ini amat serius... kenapa pula beliau "ditutup mulut" dan tidak diberikan peluang langsung untuk mengemukakan bukti-bukti (sekiranya ada) ke atas pertuduhan yang dibuat terhadap bakal PM. 

Saya setuju... pertuduhan yang dibuat oleh Y.B. Gobind amat serius kerana melibatkan bakal PM kita. Jadi kenapa pula hal ini disapu "dibawah carpet" dan membiarkan rakyat jelata tertanya-tanya akan kebenaran pertuduhan yang dibuat? Jadi... kita masih lagi dalam "awan kelabu di Kundasang"... sebab masih blank.... banyak perkara yang masih hanging disini...nda tau apa yang sedang jadi sama negara kita. Saya harap Kerajaan dapat memadam kesangsian yang ada dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. 

Sebenarnya... bukan Y.B. Gobind sahaja yang dikenakan hukuman ini. Rakyat Puchong juga telah di hukum oleh Kerajaan kerana "menggantung" suara mereka dalam Parliamen selama satu tahun. Sungguh mengecewakan!

No comments: