17 March 2009

YB Datuk Japlin Akim pula digantung...

Bukan gantung apa.... kana gantung keahlian dia bah. Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah dari Kota Belud ini digantung selama 3 tahun (bermula 12 Mac 2009) kerana didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO yang diketuai oleh Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail. Ikut cerita diorang, si YB Japlin didapati bersalah dibawah Perkara 5.1.1, 5.1.2 dan 5.5.2 Tataetika Ahli UMNO. Apa bah ini perkara-perkara ini? Mari kita tingu....

Perkara 5.1.1 & 5.1.2 :
Hal-hal yang ada kaitan sama RASUAH atau SOGOKAN POLITIK.

Perkara 5.5 :
Hal-hal yang ada kaitan sama ejen dia.... Pelobi...Pengurus Kempen/Undi.


















Ini serius ini bos.... kalau melibatkan dia punya ejen-ejen atau kuncu-kuncu dia.... ringanlah sikit. Bulilahbah kita kasi ampun kan...kan. Tapi Perkara 5.1.1 dan 5.1.2 direct cakap pasal rasuah atau sogokan politik. Misti Jawatankuasa Disiplin ada bukti kukuh mau kasi jatuh hukuman sampai 3 tahun sama si YB Japlin ini. Tengku Ahmad Rithauddeen ini bukan calang-calang juga orang dia... orang lama katakan... saya rasa kalau nda kadapatan tarang-tarang atau tiada bukti kukuh... paling-paling YB Japlin kana kasi warning karas saja macam si KJ. Tapi.... ini dihukum sampai 3 tahun... laaaaama tu bos kalau dalam dunia politik nie. Buli jadi abuk tuuuu... kalau nda pun... jadi ambuk.

Dari hal-hal ini semua... satu perkara yang INTERESTING untuk kita tunggu ialah... apa kah tindakan MACC nanti? Jangan pula ada dua set undang-undang yang dipakai... jangan pula cakap ini hal dalaman Parti.... dalaman... dalaman juga bos.... , tapi sogokan masi sogokan, rasuah tatap rasuah . Jadi kita tunggu dan lihat.

1 comment:

Anonymous said...

MACC tulung siasat. Jangan tidak siasat.