Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

13 April 2009

MUHYIDDIN BILANG......

TPM baru kita Muhyiddin Yasin bilang BN rasa tertipu oleh pengundi Cina kerana mereka telah memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat dalam dua Pilihanraya Kecil "atas bukit" baru-baru ini. Dia bilang.. para pengundi Cina patut berterima kasih kepada BN kerana bantuan Kerajaan BN kepada sekolah-sekolah Cina. Aiseyyy man.... apa punya mengaus punya statement kita punya TPM baru cakap ini....

Pertama... wahai Muhyiddin, rakyat tidak perlu BERTERIMA-KASIH kepada pemimpin. PEMIMPIN harus dan mesti berterima-kasih kepada RAKYAT kerana telah diberi peluang untuk bergelar "YANG BERHORMAT". Sepatutnya panggilan yang lebih sesuai untuk YB ADALAH "YANG BERKHIDMAT". Rakyat tidak bekerja untuk pemimpin tetapi sebaliknya, PEMIMPIN BEKERJA UNTUK RAKYAT.

Kedua.... wahai TPM, duit yang kamurang bagi-bagi untuk "Projek Maggi Mee" waktu pilihanraya kecil.... bukan BAPA KAMU punya.... bukan UMNO punya dan bukan TIMBANGAN punya! Itu duit.... RAKYAT punya. Jadi, kenapa pula rakyat harus berterima-kasih kepada Kerajaan sedangkan hak pembangunan adalah untuk SEMUA rakyat dan bukan untuk rakyat yang pakai baju biru saja. Kenapa pula rakyat harus berterima-kasih sedangkan itu duit rakyat punya. Kamu nda paham-paham lagi kenapa tsunami 308 berlaku.... dan kalau BN tidak main buyuk di Sabah dan Sarawak.... silap-silap kepunan bah kau itu jawatan TPM tu.

Macam-macam kamurang cakap... "UBAH atau REBAH".... buat reformasi ini... buat reformasi itu... berani berubah. Begini lah wahai TPM.... selagi mentaliti pemimpin BN macam kau ini tidak berubah.... jangan harap kamu buli tarik balik sebahagian besar rakyat untuk menyokong kamu lagi. Kalau beginilah cara orang BN terus berfikir..... taufan perubahan pasti sampai.... dan bila angin ribut sampai nanti.... saya pasti kamu masih tertanya-tanya... KENAPA RAKYAT TIDAK BERTERIMA-KASIH SAMA BN?

17 March 2009

YB Datuk Japlin Akim pula digantung...

Bukan gantung apa.... kana gantung keahlian dia bah. Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah dari Kota Belud ini digantung selama 3 tahun (bermula 12 Mac 2009) kerana didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO yang diketuai oleh Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail. Ikut cerita diorang, si YB Japlin didapati bersalah dibawah Perkara 5.1.1, 5.1.2 dan 5.5.2 Tataetika Ahli UMNO. Apa bah ini perkara-perkara ini? Mari kita tingu....

Perkara 5.1.1 & 5.1.2 :
Hal-hal yang ada kaitan sama RASUAH atau SOGOKAN POLITIK.

Perkara 5.5 :
Hal-hal yang ada kaitan sama ejen dia.... Pelobi...Pengurus Kempen/Undi.


















Ini serius ini bos.... kalau melibatkan dia punya ejen-ejen atau kuncu-kuncu dia.... ringanlah sikit. Bulilahbah kita kasi ampun kan...kan. Tapi Perkara 5.1.1 dan 5.1.2 direct cakap pasal rasuah atau sogokan politik. Misti Jawatankuasa Disiplin ada bukti kukuh mau kasi jatuh hukuman sampai 3 tahun sama si YB Japlin ini. Tengku Ahmad Rithauddeen ini bukan calang-calang juga orang dia... orang lama katakan... saya rasa kalau nda kadapatan tarang-tarang atau tiada bukti kukuh... paling-paling YB Japlin kana kasi warning karas saja macam si KJ. Tapi.... ini dihukum sampai 3 tahun... laaaaama tu bos kalau dalam dunia politik nie. Buli jadi abuk tuuuu... kalau nda pun... jadi ambuk.

Dari hal-hal ini semua... satu perkara yang INTERESTING untuk kita tunggu ialah... apa kah tindakan MACC nanti? Jangan pula ada dua set undang-undang yang dipakai... jangan pula cakap ini hal dalaman Parti.... dalaman... dalaman juga bos.... , tapi sogokan masi sogokan, rasuah tatap rasuah . Jadi kita tunggu dan lihat.