Showing posts with label SOOK. Show all posts
Showing posts with label SOOK. Show all posts

30 March 2009

ANGIN SUDAH TUKAR HALUAN???

Pada 29 Mac 2009.... apabila 2 bukit dan 1 batang sedang menghadapi hari penamaan calon, SAPP telah mengadakan sesi Pemimpin Bersama Rakyat di Kg. Sunsulat, Sook. Apa yang menarik disini ialah kehadiran para penduduk Kg. Sunsulat dan sekeliling yang amat menggalakan. Kalau BN yang anjurkan aktiviti seperti ini, belum tantu lagi ramai yang datang kalau tiada "ganjaran" yang diberikan kepada orang kampung. Tapi disini, SAPP sebuah parti pembangkang... yang tiada bawa apa-apa "gula-gula" mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Tingu lah sendiri....



Y.Bhg. Datuk Yong sedang memberikan ucapan

Menurut Datuk Yong....."Sabah kaya dengan pelbagai hasil bumi seperti minyak dan gas asli tetapi malangnya 95 peratus royalti minyak dikaut Semenanjung melalui Petronas yang dibentuk lebih 25 tahun lalu oleh pemimpin BN Kuala Lumpur untuk menguasai perolehan minyak negara ini.

"Lebih menyakitkan hati apabila pemimpin KL berkata Sabah hanya akan dapat gas asli yang dikeluarkan dari terminal di Kimanis jika ada lebihan selepas disalurkan ke Bintulu Sarawak untuk diproses dan dieksport terus ke Jepun," katanya.

Beliau berkata, loji pemprosesan gas asli di Bintulu itu mampu mengeluarkan sebanyak 25 juta metric tan setahun dan merupakan loji yang terbesar di dunia. Katanya, tidak masuk akal Sabah tidak boleh dapat walaupun sedikit gas asli itu dari loji di Bintulu.

"Jelas Petronas mengaut keuntungan besar kerana semua gas asli itu dieksport. Sabah tidak dapat sebarang hasil walaupun gas asli itu berasal dari negeri ini," katanya.

"Majoriti kawasan luar bandar di Sabah tidak mempunyai bekalan letrik dan air bersih serta jalanraya berturap malah banyak sekolah di kawasan pedalaman berada dalam keadaan daif tetapi keadaan menyedihkan ini tidak berlaku di Semenanjung kerana hampir keseluruhan kawasan di sana menikmati kemudahan itu.

"Mereka menikmati semua keselesaan itu hasil daripada perolehan minyak dan gas asli Sabah. Perkara tidak menyenangkan ini berlaku kerana Sabah tertipu oleh para pemimpin KL," katanya.

Beliau berkata, kos menghasilkan tenaga letrik di Sabah akan menjadi murah jika gas asli digunakan sebagai bahan bakar disemua stesyen janakuasa diseluruh negeri dan bukannya diesel yang mahal seperti digunakan sekarang.

"Malangnya, gas asli tidak mungkin akan digunakan sebagai bahan bakar itu kerana para pemimpin KL telah menegaskan bahawa Sabah hanya akan mendapat gas asli dari negeri ini jika ada lebihan selepas dieksport," katanya.

Yong berkata, semua kekurangan itu pasti dapat dibaiki jika royalti minyak dinaikkan dan sebahagian gas asli dari Sabah digunakan di negeri ini bagi tujuan mengurangkan kos menghasilkan letrik dan seterusnya pembangunan yang amat diperlukan.





Lihatlah keadaan kem yang penuh sesak.... sampai tiada tempat duduk. Walaupun hari sangat panas, penduduk kampung yang hadir tidak berganjak untuk mendengar ucapan Y.Bhg Datuk Yong Teck Lee.

Bendera SAPP yang dinaikan oleh orang kampung berkibar megah di Kg. Sunsulat, Sook.

Kg. Sunsulat ini, bukan jauh sangat dari Jalan Keningau-Nabawan (lebih kurang 200 meter sahaja dari jalan besar).... tapi percaya atau tidak, kampung ini tiada bekalan elektrik. Mana sudah si Kurup yang jadi MP tanpa diundi itu? Orang kampung disini sudah muak dengan timbangan yang berat sebelah dan melihat kepada keadaan skarang ini.... angin sudah tukar haluan.