Seramai 16 ketua bahagian PKR mengadakan mesyuarat tidak rasmi malam tadi di lokasi yang tidak didedahkan di Kota Kinabalu berhubung isu tersebut.
Perjumpaan selama satu jam itu dipengerusikan oleh ketua bahagian Kota Belud, Jalumin Boyogoh Samin.
Jalumin tidak dapat dihubungi untuk mendapat komen tetapi ia disahkan bahawa hasil pertemuan tersebut, telah disampaikan kepada pucuk pimpinan parti itu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Dua puluh tiga daripada 25 ketua bahagian, tidak termasuk Sepanggar dan Sandakan yang telah digantung, dan Azmin, dilaporkan dijemput menghadiri pertemuan itu melalui SMS.
Difahamkan tujuh bahagian yang tidak diwakili ialah Tuaran, Kalabakan, Semporna, Ranau, Tawau, Lahad Datu dan Libaran.
Tawau tidak menghadiri mesyuarat tidak rasmi itu kerana mahu kekal berkecuali, kata seorang sumber parti. Seorang daripada tiga timbalan pengerusi PKR negeri, Kong Hong Ming, mengetuai bahagian tersebut.
Azmin, sepertimana yang disahkan oleh dua ketua bahagian secara berasingan, tidak hadir.
Hamzah, seorang Bajau, adalah bekas yang dipertua Majlis Perbandaran Tawau.
**************************************
Begini bah senario kita di Malaysia nie.... itu timbangan misti patah by next election. Itu biru misti kana tukar. Saya AMAT setuju diperingkat Nasional kita sukung Pakatan bentuk kerajaan. Tapi di Sabah, sia rasa lain cerita dia.....
Mari kita tingu antara keadaan sekarang ini yang inda disukai oleh rakyat Sabah. Pertama... isu pemilihan Ketua Menteri. Kamu suka atau tidak... bukan DUN Sabah yang secara independent pilih Ketua Menteri kita sekarang. Sebenarnya... yang pilih... dari seberang dan hanya diendos oleh DUN Sabah. Jadi, kalau KM kita bukan rakyat Sabah yang pilih (yang diwakili oleh ADUN-ADUN Sabah) dan sebenarnya dilantik oleh orang seberang, maka kesetiaan KM kita bukanlah kepada RAKYAT SABAH..... tapi setia kepada yang melantiknya. Dia akan tunduk kepada orang yang melantiknya, walaupun apa-apa hal yang mau diputus itu bukanlah untuk kepentingan rakyat Sabah. KM kita nda takut sama rakyat Sabah.... sebab bukan rakyat Sabah yang melantik dia. Dia terhutang budi kepada orang yang melantiknya. Dia akan kow-tow kepada orang yang melantikya.... bukan pasal dia hormat sama orang yang melantiknya, tapi takut kana buang kerja KM. Jadi sistem BN ini misti orang Sabah buang jauh-jauh saaaana Laut Cina Selatan. Jadi apa pilihan kita sekarang???
Mau pilih kerajaan Pakatan untuk Sabah??? Cuba kita tingu artikel di atas.... siapa Ketua Perhubungan PKR Sabah? Dari seberang kan... kan.... kan.... Jadi.... kalaulah Pakatan berjaya tubuh Kerajaan di Sabah.... siapa kita rasa jadi KM Sabah? Christina Liew pun mau.... Ansari pun mau... Jeffrey pun mau.... nah sekarang si Hamzah pula yang si Azmin mau surung-surung. Kamurang nda nampak ka ini? Apa yang PKR Sabah offer sekarang untuk Sabah.... mirip-mirip dan seiras sistem BN. Saya gerenti.... kalaulah Pakatan memerintah Sabah.... bukan ADUN Sabah yang pilih siapa KM kita.... dari seberang juga kan.... Jadi kamurang gembira kah kalau gini? Kamu happy... kana buat macam tu karabau kana tunggohing?
Kita TIADA pilihan warga Sabah yang saya kasihi.... KECUALI kita bagi sokongan padu sama satu Sabah based party yang kita buli surung untuk kerjasama sama Kerajaan Pakatan diperingkat Nasional nanti. Nda kira apa bangsa kamurang.... KDM kah...Bajau kah... Cina kah... kalau kita bagi sokongan padu sama Sabah based party, maka kita bukan lagi macam itu karabau kana tarik sini sana dimana DIORANG suka. Ya... kita memang mau sokong Pakatan untuk kasi tumbang ini timbangan berat sebelah. Tapi orang putih bilang ON OUR OWN TERMS dalam konteks Sabah. Jadi pikir-pikirlah mana satu parti politik Sabah yang boleh memainkan peranan BENTENG TERAKHIR kita ini? Sebenarnya, Sabah sekarang dalam keadaan 'gelap' as far as political autonomy is concern. Tepuk dada, tanya selera... kalau gelap carilah matahari... Mudah-mudahan kamurang dapat pedoman.
P/S... itu yang ada simbol tangan.... nda buli pakai sudah tu. Kita buang juga di Laut Cina Selatan.
No comments:
Post a Comment