Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

08 October 2009

'Bantah Azmin ketuai PKR Sabah' (sumber: malaysiakini.com)

PKR Sabah nampaknya berdepan dengan masalah apabila sekumpulan ketua bahagian telah menyuarakan rasa tidak yakin mereka terhadap kepimpinan naib presiden Azmin Ali yang dilantik mengetuai PKR negeri itu baru-baru ini.

Seramai 16 ketua bahagian PKR mengadakan mesyuarat tidak rasmi malam tadi di lokasi yang tidak didedahkan di Kota Kinabalu berhubung isu tersebut.

Perjumpaan selama satu jam itu dipengerusikan oleh ketua bahagian Kota Belud, Jalumin Boyogoh Samin.

Jalumin tidak dapat dihubungi untuk mendapat komen tetapi ia disahkan bahawa hasil pertemuan tersebut, telah disampaikan kepada pucuk pimpinan parti itu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Dua puluh tiga daripada 25 ketua bahagian, tidak termasuk Sepanggar dan Sandakan yang telah digantung, dan Azmin, dilaporkan dijemput menghadiri pertemuan itu melalui SMS.

Difahamkan tujuh bahagian yang tidak diwakili ialah Tuaran, Kalabakan, Semporna, Ranau, Tawau, Lahad Datu dan Libaran.

Tawau tidak menghadiri mesyuarat tidak rasmi itu kerana mahu kekal berkecuali, kata seorang sumber parti. Seorang daripada tiga timbalan pengerusi PKR negeri, Kong Hong Ming, mengetuai bahagian tersebut.

Azmin, sepertimana yang disahkan oleh dua ketua bahagian secara berasingan, tidak hadir.

Sebaliknya, Azmin berpesan bahawa beliau bersetuju ketua bahagian Kalabakan, Hamzah Amir mengambil alih jawatan ketua PKR Sabah dan mengesahkan bahawa beliau akan menyampaikan perkara itu kepada pucuk pimpinan parti.

Hamzah, seorang Bajau, adalah bekas yang dipertua Majlis Perbandaran Tawau.

**************************************

Begini bah senario kita di Malaysia nie.... itu timbangan misti patah by next election. Itu biru misti kana tukar. Saya AMAT setuju diperingkat Nasional kita sukung Pakatan bentuk kerajaan. Tapi di Sabah, sia rasa lain cerita dia.....

Mari kita tingu antara keadaan sekarang ini yang inda disukai oleh rakyat Sabah. Pertama... isu pemilihan Ketua Menteri. Kamu suka atau tidak... bukan DUN Sabah yang secara independent pilih Ketua Menteri kita sekarang. Sebenarnya... yang pilih... dari seberang dan hanya diendos oleh DUN Sabah. Jadi, kalau KM kita
bukan rakyat Sabah yang pilih (yang diwakili oleh ADUN-ADUN Sabah) dan sebenarnya dilantik oleh orang seberang, maka kesetiaan KM kita bukanlah kepada RAKYAT SABAH..... tapi setia kepada yang melantiknya. Dia akan tunduk kepada orang yang melantiknya, walaupun apa-apa hal yang mau diputus itu bukanlah untuk kepentingan rakyat Sabah. KM kita nda takut sama rakyat Sabah.... sebab bukan rakyat Sabah yang melantik dia. Dia terhutang budi kepada orang yang melantiknya. Dia akan kow-tow kepada orang yang melantikya.... bukan pasal dia hormat sama orang yang melantiknya, tapi takut kana buang kerja KM. Jadi sistem BN ini misti orang Sabah buang jauh-jauh saaaana Laut Cina Selatan. Jadi apa pilihan kita sekarang???

Mau pilih kerajaan Pakatan untuk Sabah??? Cuba kita tingu artikel di atas.... siapa Ketua Perhubungan PKR Sabah? Dari seberang kan... kan.... kan.... Jadi.... kalaulah Pakatan berjaya tubuh Kerajaan di Sabah.... siapa kita rasa jadi KM Sabah? Christina Liew pun mau.... Ansari pun mau... Jeffrey pun mau.... nah sekarang si Hamzah pula yang si Azmin mau surung-surung. Kamurang nda nampak ka ini? Apa yang PKR Sabah offer sekarang untuk Sabah.... mirip-mirip dan seiras sistem BN. Saya gerenti.... kalaulah Pakatan memerintah Sabah.... bukan ADUN Sabah yang pilih siapa KM kita.... dari seberang juga kan.... Jadi kamurang gembira kah kalau gini? Kamu happy... kana buat macam tu karabau kana tunggohing?

Kita TIADA pilihan warga Sabah yang saya kasihi.... KECUALI kita bagi sokongan padu sama satu Sabah based party yang kita buli surung untuk kerjasama sama Kerajaan Pakatan diperingkat Nasional nanti.
Nda kira apa bangsa kamurang.... KDM kah...Bajau kah... Cina kah... kalau kita bagi sokongan padu sama Sabah based party, maka kita bukan lagi macam itu karabau kana tarik sini sana dimana DIORANG suka. Ya... kita memang mau sokong Pakatan untuk kasi tumbang ini timbangan berat sebelah. Tapi orang putih bilang ON OUR OWN TERMS dalam konteks Sabah. Jadi pikir-pikirlah mana satu parti politik Sabah yang boleh memainkan peranan BENTENG TERAKHIR kita ini? Sebenarnya, Sabah sekarang dalam keadaan 'gelap' as far as political autonomy is concern. Tepuk dada, tanya selera... kalau gelap carilah matahari... Mudah-mudahan kamurang dapat pedoman.

P/S... itu yang ada simbol tangan.... nda buli pakai sudah tu. Kita buang juga di Laut Cina Selatan.

08 May 2009

SIDANG DUN PERAK BIKIN MALU

Betul-betul bikin katawa lah apa yang jadi di Perak. Saya bingung lah... apamacam Timbalan Speaker buli take over tempat Speaker untuk kasi mula sidang DUN? Dari mana BN dapat ni peraturan? Nampaknya, bagi BN, semua pun buli diatur. Speaker belum pun kasi start, sudah adun BN mau buat pembentangan. Belum pun Raja Nazrin berucap, sudah si Zambry mau buat motion..... apa punya prosedur ini? Katun betul lah.... Nampaknya, Perlembagaan bukan lagi yang TERTINGGI... kita mesti tukar ni Kerajaan dalam pilihanraya akan datang. Kalau Kerajaan sendiri nda hormat Perlembagaan.... apa mau jadi sama negara kita!

08 April 2009

RAKYAT BATANG AI SOKONG BN?

Buli tahan juga majoriti BN di Batang Ai ahhh. Tapi kanapa sia masih rasa macam ada yang nda ngam.... kanapa sia rasa sangsi sama tu rejaut???

Lebih kurang 8000 pengundi saja bah di Batang Ai tu.... bukan banyak betul. Majoriti pengundi kaum Iban. Kalau kasi banding sama 2 bukit di Semenenjung yang dimenangi oleh Pakatan... jumlah sebegini macam kici saja bah. Kalau jumlah kici... senang lah bah kana "manipulate".... lebih-lebih lagi dengan jentera-jentera hebat BN dan keadaan geografi Batang Ai. Semua orang pun tau EC tu baruah siapa....

Batang Ai ni... nun jauh di pedalaman Sarawak. Jadi... kalau mau angkat kotak undi... pakailah bah helikopter kan... Ada laporan orang Pakatan disana cakap dorang mau escort itu kotak undi pi pusat pengiraan undi. Tapi orang EC bilang escort-mengescort ini tidak dibenarkan. Persoalan dia sekarang... nda mustahil kah itu kotak undi ditukar waktu kana bawa pakai heli? Di Sabah saja... banyak sudah insiden orang jumpa kotak undi dibuang di dalam hutan... tapi nda da tindakan apa-apa dibuat pihakberkuasa. Si Dominique Ng... orang kuat PKR Sarawak ada komplain sama itu EC.... tapi biasalah nda kana paduli...nda kana layan. Jadi... dorang beli lah bah kandadu dorang sendiri... untuk kasi kandadu itu kotak undi. Si Dominique bilang... bila mau buka sudah itu kotak undi. di pusat pengiraan..... satu saja kotak undi yang masih ada kandadu original (yang dorang beli). Yang lain? Kana tukar???

Bukan itu saja orang-orang Pakatan dapat "tangkap" 2 bas (40 seater omputih bilang) dan satu van dipenuhi pengundi-pengundi outstasi.... antah jembalang dari mana lagi nie.... Bila si Dominique cek dorang punya identiti... kebanyakan dorang (pengundi jembalang...) datang dari Kuching, Mukah dan Kanowit. Orang-orang dalam bas kasi tau si Dominique yang dorang ini... pekerja-pekerja KEMAS. Aikk.... apa pula 2 bas dan 1 van pekerja-pekerja KEMAS buat di Batang Ai... ngam-ngam election pula tu.

Bila ditanya pasal Batang Ai... si Anwar bilang memang dorang nda expect manang disana. Kanapa itu ah.... mungkin dia tau teknik pembuyukan yang dipakai nie... abis jangan kita lupa.... dia pun pernah dalam sistem pembuyuk duuuuuulu kan....

Jadi...untuk kasi pindik cerita panjang....bukan rakyat Batang Ai yang kasi manang BN... tapi jentera penipuan dan mesin pembuyukan BN lah yang akhirnya menewaskan suara rakyat Batang Ai. Tapi... ingat... satu kawasan sanang kau buat gitu.... tunggulah nanti pilihanraya negeri Sarawak. Kalau SEMUA rakyat bangun... tumbang bah itu mesin pembuyuk tu.