12 April 2009

JAPLIN KANA TAHAN....

Ketua Pemuda UMNO Sabah, YB. Datuk Japlin Akin telah ditahan oleh Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia (MACC) pada hari Khamis dan telah direman selama 3 hari untuk membantu dalam siasatan. Beliau telah dibebaskan hari ini. Japlin yang juga merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO bulan lepas sebelum Perhimpunan Agung UMNO.

Beliau telah ditahan bersama-sama dengan seorang kontraktor tempatan, En. Limus Jury yang juga telah dibebaskan dengan ikat jamin. Japlin telah dikenakan bayaran ikat-jamin sebanyak RM100,000 manakala Limus Jury dikenakan ikat jamin RM300,000.... alala... macam berat betul ni kes nie tau.... Tapi kita mesti ambil pendekatan INNOCENT UNTIL PROVEN GUILTY..... bukan macam sesetengah orang yang pakai baju biru.... bulum-bulum lagi sudah cakap salah. Tapi... biasalah bah kita nie kan.... kita orang kampung suka betul buat andaian.... cerita kadai kupi... siok bah kan... gosip-menggosip nie. Lagi tapi.... jarang-jarang juga bah itu pokok beguyang ranting dia kalau bukan kana tiup angin kan... tapi kalau tiada angin....ada tupai lumpat-lumpat.... guyang juga tu ranting. Maka.... timbulah bah spekulasi.... kana framed pula....

Penangkapan kedua-dua mereka dibuat oleh sekumpulan pegawai MACC dari Putrajaya... dan bukan dari K.K. Macam high-powered arrest pula tau. Dingar-dingar cerita kadai kupi... si Japlin ini orang kuat si KJ. Aikk.... palan-palan kah ini jalan menuju rumah si KJ. Kita tunggu dan lihat lah.... jangan kita speculate macam-macam. Selain dua ekor ini.... Nizam Abu Bakar Titingan (Timbalan Ketua Pemuda UMNO Sabah) dan Faizal Ampong (mantan Ketua Pemuda batu Sapi) juga kana panggil MACC untuk bantu siasatan. Bah... kita tunggu sajalah kalau MACC betul-betul BEBAS.... kita tunggu dulu dorang buat siasatan.... jangan pula main wayang saja.

No comments: