10 April 2009

Kabinet Najib "KECIL"?

Kabinet Badawi... 32 Menteri, 38 Timbalan Menteri. Kabinet Najib... 28 Menteri, 40 Timbalan Menteri. Kementerian pula telah dikurangkan daripada 28 Kementerian kepada 25 Kementerian. Nampak macam kana kasi kurang lah bah kan.... Kana trimmed down lah kunun.

Najib bilang ini Kabinet dia menggambarkan matlamat Kerajaan untuk memberi tumpuan kepada paradigma "Keutamaan rakyat" (people-first paradigm). 4 jawatan Menteri telah dikurangkan.... tapi jawatan Timabalan Menteri ditambah 2. Fungsi dan peranan Kementerian yang telah dimansuhkan akan diserapkan ke Kementerian lain. Hmmm.. tapi... ada lagi.... Si Najib bilang satu Majlis Penasihat Kewangan atau Council of Financial Advisors telah ditubuhkan... dan para ahli Majlis ini bertanggung-jawab secara langsung kepada Perdana Menteri. Najib juga cakap kedudukan ahli Majlis ini adalah BERTARAF MENTERI. Aikkk... kasi kurang 1 tambah 2.... kasi kurang 2 tambah 4 (macam main lap lap fu saja).... Kalau taraf Menteri... gaji pun... taraf Menteri lah bah itu kan... jadi.. apa yang dikurangkan? Cuma lain nama saja... Last-last saaaaaamaa saja.

Satu lagi... sia bingung bah ini... ada Menteri yang dipertanggung-jawabkan pasal PEMBANGUNAN PERTANIAN.... ada pula satu lagi MENTERI PERTANIAN.... Sia rasa ini satu yang tidak perlu kerana sudah tentu ada pertindihan fungsi dan peranan. Bikin banyak karaja saja... objektif sama. Nanti Bernard Dompok dan Noh Omar begaduh pula. Selain dari itu... sia rasa nda perlu lah bah 2 Menteri yang bertanggung-jawap pasal pelajaran./pendidikan.... satu tinggi... yang satu rendah kah?? Overlap begini buli bah dielakkan.... kanapa mau banyak tukang masak mau bikin masakan yang sama?

Jadi... bukan kici bah Kabinet si Najib ini. Dia bilang kana slim.... tau-tau banyak kolestrol... tinggi risiko... tinggi tanggungan. Yang kana terima, rakyat...yang menanggung kita... pembayar cukai. Jadi, apa macam si Najib bilang ini "mesra-rakyat"... apa macam ini set up mengutamakan paradigma "keutamaan rakyat"?

No comments: